written by @_uculer
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba semalam. Walaupun saya mengaku, hati saya sebenarnya meronta-ronta nak cari barang satu atau dua teddy bear yang disumbangkan semasa #Toyz4Kidz, saya cekalkan hati untuk mengangkat beg-beg berisi stuff toys utk diberikan kepada kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.
Ya, semalam #Toyz4Kidz telah dilangsungkan dengan jayanya. Jika anda berada di sana selepas lebih kurang jam 2.30, wajah-wajah ini ada di pintu depan hospital menyambut kedatangan anda.
Ini merupakan hanya sebahagian daripada permainan yang ada.
Lebih kurang dalam 40 orang (atau lebih) sukarelawan telah hadir sama membantu. Jumlah ini mungkin lebih besar kerana ada yang datang sekejap sebelum beredar untuk hal-hal yang lain.
Sebelum itu, semalam merupakan hari lahir @dmekdy. Tahlah siapa nama dia ni sebenarnya. Dia kata dia Low Far. Tanya dia sendirilah.
Secara ringkasnya, acara dimulakan dengan ucapan, kemudian taklimat (tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan di hospital) dan acara bebas untuk para pesakit di hospital.
Ini merupakan cubaan flashmob di hospital dengan lagu Barney (yang saya tidak hafal itu dan bukan Barney Stinson). Comel je semua. Tapi paling takut tgk JC dekat depan barisan. Macam pedo pun ada. Sebenarnya lepas tu ada clown tapi sukarelawan semua perlu bergerak ke tingkat masing-masing *nangis.
Di sini, kebanyakkannya sudah terpisah. Saya dengan kumpulan saya manakala yang lain dengan tingkat-tingkat mereka. Semasa taklimat, kami sudah diberitahu bahawa kami tidak boleh mengambil gambar pesakit (atas sebab T&C) dan mesti sanitise tangan sendiri kalau nak pegang pesakit. Ha siapa tak sanitise tangan semalam, aiyoh tak tahu.
Disebabkan tiada gambar, maka penceritaan bergambar diberhentikan seketika. Namun, ingin saya beritahu di sini bahawa lawatan ini telah membangkitkan rasa-rasa insaf yang semakin menipis di dalam diri saya. Betapa bertuahnya saya boleh ukur Kuala Lumpur sampai letih sedangkan ada kanak-kanak yang tidak sampai usia setahun ditinggalkan ibu ketika sedang sakit. Mujur sahaja bayi ini yang dinamakan 'Haji' ini mendapat pembelaan pihak hospital.
Saya mengaku saya nangis bila bayi ini menangis bila Kak Mas cakap dengan dia. Sedih sangat rasanya. Muka dia macam nak bercerita yang dia ditinggalkan mak tapi tak terluah.
Dah diam. Nak drama, sila pergi tempat lain.
Anyways, kami juga je wad ICU (saya tidak. Hanya dua pelawat dalam satu-satu masa). Aku tak rasa aku cukup kuat nak masuk wad ICU. Hanya mampu masuk wad biasa. Itupun dah nak nangis.
Tingkat 2 juga menempatkan Burn Unit dan bone marrow transplant. Bone marrow transplant menempatkan pesakit yang baru menjalani pembedahan jadi daya tahan diri mereka tidak tinggi. Kami sekadar tinggalkan hadiah di depan kaunter sahaja.
Saya tak dapat ikut pun clown. Sedihkan sedihkan?
Lawatan semalam menyedarkan bahawa kehidupan ini tidaklah seteruk mana. Berani kau nak buat lawak "untunglah" dalam wad tu? Kecik-kecik dah duduk dekat wad selama 5 tahun. Contoh macam seorang JE survivor. Dah lima tahun dia duduk dekat wad tu, dari umur dia 10 tahun. Dia tak boleh bergerak langsung, cakap pun tak boleh. Apa rasa bedridden macam tu selama lima tahun?
Baik. Nak ceramah panjang-panjang pun benda ni kene feel.
Walaubagaimanapun, this event will not come into reality without the help from everybody; as in everybody. Those who are on Twitter or not. Regardless. Your toys, time, effort, money and RT; everything counts. We cannot describe it with words. To start putting names will be unfair because I will be drop tons of names. You know who you are.
And get your toys ready, we will be coming to Klang, InsyaAllah.
#Toyz4Kids returned my faith in humanity :). Kudos to all.
3 comments:
saya seorang member celaka party yang belum berkesempatan meng'join manae mane aktivitinya lagi , atas faktor geografi dan pelbagai faktor lain lagi , tetapi bila berkesempatan insyaAllah saya akan join :D
All the best celaka party members!
The simple truth is that business which has decided to work abroad
or seek better opportunities outside the Philippines. It's staffed by your own employees to answer phones from home to earn money online.
This is a strong indication that these call centers are typically
far more affordable than spending strategic database marketing 4th
lots of time, resources and labor building your
own call center department of their own. Adding a 311 SystemThe City
of Atlanta. It would not be tolerated during this time.
My web-site - bazy danych
Thhis post іs invaluable. Wheere сan I find out mоre?
Feel free tߋ visit my ƿage ... clash of clans hack
Post a Comment