We are going to run #TwtupDarahCP pada 29 October 2011, bertempat di Pusat Darah Negara, beralamat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Program di dianjurkan oleh geng Kembara Ukhwah, and ahli #CelakaParty cik Anis a.k.a @jEliBumm and Kak Mas a.k.a @Mas_IFP shall be there and make the event lebih meriah.
Gua akan kasi tips sikit.
Kriteria Penderma |
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
- 2. Berumur di antara 18-60 tahun.
Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
- 3. Berat badan melebihi 45 kg.
- 4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
- 5. Tiada masalah kesihatan.
- 6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
- 7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
- 8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
· Mengambil dadah secara suntikan
· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
- Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2
- Minggu untuk penderma aferesis.
- 10.Untuk penderma wanita:
· Tidak datang haid.
· Tidak menyusukan anak.
Proses Menderma Darah |
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:
- Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
- Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
- Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
- Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
- Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.
Nasihat Kepada Penderma Darah |
Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
- Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
- Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
- Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
- Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
- Dalam masa 24 jam selepas menderma:
- Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
- Elakkan minuman keras.
- Lebihkan meminum air
- Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
- Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564.
(Info dari Pusat Darah Negara) | ||
Come down and join us #CelakaParty and join #TwtupDarahCP | ||
No comments:
Post a Comment